Want your
own Fotopage?








 
akram's FotoPage

By: akram Nabil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Berkunjung Ke Teratak Zaaba, Jalan Bahau, Jempol

teratak Zaaba
Tangga Zaaba
Rumah Minang
Anjung rumah Zaaba
Pintu masuk Zaaba
Pusaka Zaaba
Buku Zaaba
Laman Zaaba
Album Zaaba
Laman Zaaba 2
Tingkap Zaaba
Photo teratak Zaaba ini dirakamkan oleh Aswanjaya Abd Karim ketika kami berkunjung ke teratak tersebut. Menarik bentuk rumah tradisi ala minangkabau dan bahan-bahan yang disimpan dalam rumah tersebut. Zaaba dikatakan berasal dari kawasan ini dan terkenal sebagai pendita Melayu yang tersohor. Bagi saya Zaaba telah mendahului zamannya kerana kemunculan beliau di zaman bangsa Melayu baru nak bertatih itu sesuatu yang berharga. Mana tidaknya, bukan senang nak cari melayu terpelajar dan mempunyai daya keintelektualan waktu itu. Walau bagaimanapun, nak berjuang dan berbangga dgn nama melayu tak pergi ke mana jugak jika tidak disekalikan dengan Islam. Biarlah kita maju dan ternama selari dengan kehendak agama kita. Kalau kita berniat kerana Allah dan ingin memajukan bangsa kita kerana tugas kita sbg khalifah Allah maka insyaallah, tugasan kita di dunia taklah sia-sia. Bukan kita nak menafikan sesiapa nak berjuang kerana bangsa tapi jgn habiskan boreh yoo.. dapek projek mulo lupo kek bangso, politik wang laa, ingat posanan Rasulullah saw, berjuang kerana bangso tu assobiyyah.. kok tak tau poie ngaji.

Saya harap ramai pengunjung datang melawat Teratak Zaaba ini. Bagi orang bukan berasal dari daerah Jempol/Kuala Pilah, sila gunakan jalan besar dari Seremban - Kuala Pilah, singgah di Pokan Batu Kikir jombatan bosi, tak jauh dari situ masuk ke kanan lebih kurang 2 km. Teratak itu sebelah kanan jalan tetapi kalau melalui Bahau, kenalah mudik ke hulu lebih kurang 5-6 km. Saya rasa tak jauh, kalau mengikut tafsiran orang asli Kg Guntur, Tengkek ( maaf jika menyakat saudara kita kaum ini) - jauh perjalanan berjalan kaki waktu dulu lebih kurang sebatang rokok ye. Jgn silap pulak, dia orang kalau hisap rokok kena 4-5 kali sedut, rokok dicucuh ( padamkan) ke tapak kaki dia orang yang tebal kematu- lepas tu sambung jalan balik sambil cari apa yang patut tepi bondar (anak sungai). Hisap balik.. jumpalah Teratak tu. Dalam Teratak tak boleh hisap rokok dan ambil gambar, tapi budak Aswan ni gunakan digital kamera yang canggih dalam jeket busuknya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net