Want your
own Fotopage?







 
akram's FotoPage

By: akram Nabil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jul-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Sepetang di Kg Jeram Tengkek

acuan gula enau
Pokok enau
Menjerang gula enau
Masukkan gula enau
Gula enau dalam kuali
Sabak dapur gula enau
Haji Mahmud Fasih
Perusahaan tradisional membuat gula enau di Kampung jeram, Tengkek Kuala Pilah. Bukan senang nak menyiapkan seketul gula enau oleh Tuan Haji Mahmud Fasih dan isterinya Yam Taat ni. Pokok enau yang sudah matang dan berbuah akan dicantas, tandan yang dicantas itu akan mengeluarkan nira ( air yang sungguh enak) dan dijadikan minuman masa berbuka puasa dan kalau minum banyak boleh mabuk jugak. Baldi kecil akan disangkut di tandan tersebut. Tandan diketuk-ketuk seolah-olah memaksa dia mengeluarkan air sucinya. Ada beberapa petua yang diamalkan oleh pembuat gula enau ini bagi memastikan nira diperolehi.

Pokok enau selalunya tinggi dan bersigai. Jesteru itu mereka perlu buat tangga sigai bagi memanjatnya. Dulu masa kecik-kecik, aku perhatikan ada seorang atuk kami panggil Atuk Kodo ( Rauf), bila dah ketuk-ketuk tandan enau tu lalu dia macam ludah sikit kat baldi. Yang pastinya kami tak kisah sebab niranya memang syok diminum. Di sebelah pantai timur, orang panggil nira itu TUAK yang diambil dari kelapa atau pohon nipah. Rasanya lebih kurang sama dan kalau kita ke Marang, singgahlah minum tuak ( tak mabuk punya) dan pekena sekali dengan keropok leko.

Di Negeri Sembilan. gula enau cukup terkenal untuk dijadikan inti atau ramuan buat kuih-muih. Rasanya manis dan harum berbanding gula kabung dari Melaka. Sesiapa yang belum test kuih berintikan gula enau cubalah dan dapatkan di mana-mana pasar tani di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah. Harganya satu bungkus( 6keping) tak mahal - < RM10.00 mungkin sekarang dah naik sebab minyak petrol dan lain-lain dah naik. Pengusaha tentu menanggung kos minyak motor untuk pergi balik ke pokok enau dan cari kayu api untuk kayu pembakar di sabak. Satu aku nak kongsi tauladan baik ialah jerih perih membuat kerja murni menggunakan tulang empat kerat ni tentulah bersih-halal, hendaknya begitulah. Haji Mahmud tu pergi mekah guna hasil jualan gula enau dan kerja-kerja lain seperti mengambil buah kelapo dengan beruknya.

Kok ada sesiapa nak melihat proses membuat gula itu, boleh hubungi Haji Mahmud di Kg Jeram, Tengkek- melalui Pekan Batu Kikir. Rumahnya taklah jauh sgt dari jeram Tengkek tu. Tapi awas jangan gopoh-gopoh masuk ke laman rumah kerana silap haribulan disergah beruknya. Beruknya sesekali dapat upah gula-gula 'Hacks' dan oren selepas panjat kelapa. Kalau naik motor Honda tuannya, dia duduk dalam raga menyingai sesiapa yang dirasakan seiras dengannya. Pelik tapi benar !!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net