akram's FotoPage

By: akram Nabil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 19-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sekolah Kebangsaan Sungai Jelutong, Kuala Pilah.

Gambar SK Sg Jelutong, Kuala Pilah 1967.
Gambar ini diambil dalam tahun 1967 ketika perasmian bangunan baru SK Sg Jelutong. Dirasmikan oleh YB Encik Khir Johari. Ramai dalam gambar itu dah meninggal dunia. Sebelah Khir Johari ialah Guru Besar SK Jelutong Allahyarham cikgu Baharuddin Mohamad, yang bersongkok tinggi barisan depan itu ialah YB Haji Khatib, sebelahnya Haji Musa. Budak yang menyibuk belakang Haji Musa tu si Sarip, Barisan belakang pulak Allahyarham Haji Bawal, Cikgu Samah ( GB Tengkek), Haji Hasan Basir, Haji Abd Aziz Basir, Haji Haron, Cikgu Yunus ( GB Pdg Lebar), Dol tukang kebun, Guru Besar SM Batu Kikir, Abd Manaf tukang kebun, Ust Yaakob, Jais dan lain-lain. Sesiapa yang ado gambar ae kek photo lamo ni sila hubungi saya untuk dapekkan salinan.
( Sk Sg Jelutong sekarang ini dah dijadikan pusat latihan pejabat pendidikan).


Wednesday, 17-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Kuang, Rawang- Ogos 2005

Kantin SK Kuang
Bomba- SK Kuang
Pondok SK Kuang
View all 10 photos...
Hari sabtu dalam bulan Ogos 2005, Sk Kuang mengadakan Hari Kantin anjuran PIBG dan pentadbiran sekolah. Banyak acara dan pertunjukan disediakan untuk murid-murid sekolah & keluarga mereka.

Anak saya Nabil, selalunya liat nak bangun pagi tapi pagi itu dia cepat bangun untuk ke sekolah. Dia tak sabar-sabar nak tengok rumah hantu dan berbelanja. Terpaksalah aku ikutkan rentaknya maklumlah anak bongsu.


Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pondok Batu Kikir

 
 
 
View all 6 photos...
Ini lagi satu rakaman dari digital camera Aswanjaya di Pondok Batu Kikir atau sekarang dikenali Kolej Islam Majiddiah. Kolej ini ( rumah lama) tak jauh dari Teratak Zaaba di jalan besar Batu Kikir- Bahau. Kami waktu itu dalam mencari bahan untuk projek membukukan ulama silam Negeri Sembilan. Sila layari laman web kami http://groups.yahoo.com/group/ulama untuk membaca beberapa riwayat hidup ulama yang berjasa di negeri ini.

Bersyukurlah kita kerana masih dibekali iman dan Islam. Kalau kita tak ada dua perkara itu maka rugilah kita kek dunio yang fana' ini. Kok ado yang belum rajin sombahyang, sembahyang pun macam tengok jorek sial ( jerat sial)- ontah kono ontah tidak, elok bona muasabah diri. Den ni orang ko atau bukan orang !! kalau jenis orang bukan orang, hantu bukan hantu- apo nak jadi ekau tu jang... abihkan bogheh yoo. Kek dunio nyusahkan orang nanti dah matipun nyusahkan orang yang tinggal yoo. Mano taknyo, kito kono mandi-kapan dan sembahyangkan. Lopeh tu kona pulak pikul bawak ko kubur, gali kubur pun satu hal jugak. Sekarang ni nak cari budak bujang gali kubur bukan sonang, sumo dah kojo kilang. Tinggallah atuk-atuk kek kampung yang tongah sakit lutut dan belikek.

Sebab itu, kito kena hormat dan jadikan ulama sbg panduan dan sahabat. Jangan buruk sangko dan tak ambek poduli kek orang alim kito. Dio yang mengajar kito ngaji- alif togak wau bengkok, dah pulak tu maso nak baco talkin nanti suruh jugak dio baco talkin. Kok awak tu tikus kan sonang, bilo dah termakan racun lalu masuk colah-colah almari- mampuih kek situ. Bilo dah membusuk, buang kek somak mano-mano. ingatlah kek Tuhan sikit yo!



Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Berkunjung Ke Teratak Zaaba, Jalan Bahau, Jempol

teratak Zaaba
Tangga Zaaba
Rumah Minang
View all 11 photos...
Photo teratak Zaaba ini dirakamkan oleh Aswanjaya Abd Karim ketika kami berkunjung ke teratak tersebut. Menarik bentuk rumah tradisi ala minangkabau dan bahan-bahan yang disimpan dalam rumah tersebut. Zaaba dikatakan berasal dari kawasan ini dan terkenal sebagai pendita Melayu yang tersohor. Bagi saya Zaaba telah mendahului zamannya kerana kemunculan beliau di zaman bangsa Melayu baru nak bertatih itu sesuatu yang berharga. Mana tidaknya, bukan senang nak cari melayu terpelajar dan mempunyai daya keintelektualan waktu itu. Walau bagaimanapun, nak berjuang dan berbangga dgn nama melayu tak pergi ke mana jugak jika tidak disekalikan dengan Islam. Biarlah kita maju dan ternama selari dengan kehendak agama kita. Kalau kita berniat kerana Allah dan ingin memajukan bangsa kita kerana tugas kita sbg khalifah Allah maka insyaallah, tugasan kita di dunia taklah sia-sia. Bukan kita nak menafikan sesiapa nak berjuang kerana bangsa tapi jgn habiskan boreh yoo.. dapek projek mulo lupo kek bangso, politik wang laa, ingat posanan Rasulullah saw, berjuang kerana bangso tu assobiyyah.. kok tak tau poie ngaji.

Saya harap ramai pengunjung datang melawat Teratak Zaaba ini. Bagi orang bukan berasal dari daerah Jempol/Kuala Pilah, sila gunakan jalan besar dari Seremban - Kuala Pilah, singgah di Pokan Batu Kikir jombatan bosi, tak jauh dari situ masuk ke kanan lebih kurang 2 km. Teratak itu sebelah kanan jalan tetapi kalau melalui Bahau, kenalah mudik ke hulu lebih kurang 5-6 km. Saya rasa tak jauh, kalau mengikut tafsiran orang asli Kg Guntur, Tengkek ( maaf jika menyakat saudara kita kaum ini) - jauh perjalanan berjalan kaki waktu dulu lebih kurang sebatang rokok ye. Jgn silap pulak, dia orang kalau hisap rokok kena 4-5 kali sedut, rokok dicucuh ( padamkan) ke tapak kaki dia orang yang tebal kematu- lepas tu sambung jalan balik sambil cari apa yang patut tepi bondar (anak sungai). Hisap balik.. jumpalah Teratak tu. Dalam Teratak tak boleh hisap rokok dan ambil gambar, tapi budak Aswan ni gunakan digital kamera yang canggih dalam jeket busuknya.


Sunday, 24-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Keluargaku

Meninggal dunia
Teakwondo-Afdhal
Teakwondo- Afdhal
View all 12 photos...
Ya Allah kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan yang bertaqwa.


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net