akram's FotoPage

By: akram Nabil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Aug-2006 06:19 Email | Share | | Bookmark
tetamu kami

 
 
 
View all 6 photos...
Nastolgia dunia kanak-kanak
apa bezanya survival kera-kera kelaparan
mengharap perhatian
makan dan simpati


Monday, 26-Jun-2006 07:08 Email | Share | | Bookmark
Bini siapa yang berjudi?

Bini siapa berjudi?
Ini bini siapa pulak yang dalam kedai toto nih? bagi mengelakkan muka dia dari lensa camera, dia membuntutkan aku. Puas aku terjegat berdiri depan kedai itu untuk merakamkan wajahnya. Agaknya dia boleh ke selamat di depan Allah kelak dengan topi helmetnya?

Teringat kuliah bekas Dato' Mufti Selangor iaitu Ustaz Ishak Baharom di TV1 tahun 1992. Ada panggilan telefon dari Kuantan bertanya soalan, isterinya sembahyang tak tinggal tapi tak suka pakai tudung kepala. Dengan selamba Dato' mufti jawab lebih kurang begini:

" Allah suruh kita bersembahyang. Sembahyang 5 waktu itu wajib. Kalau kita ingkar perintah Allah maka kita tak patuh dan berdosa besar. Perintah tutup aurat juga dari Allah. Kalau ingkar maka ia musuh Allah. Musuh Allah juga menjadi musuh kepada kita. Jadi kita kena tinggalkan dan cari yang lain!!"

Agaknya inilah jawapan terbaik untuk para penderhaka.



Peristiwa ini dirakamkan di Sentul Pasar- 24/6/06


Monday, 26-Jun-2006 05:54 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Teakwondo Daerah Gombak

menang
Menunggu medal
Back- kick
View all 4 photos...
Selayang: Kejohanan teakwondo peringkat sekolah-sekolah daerah Gombak telah berlangsung di Dewan Sekolah ( China) Selayang pada hari sabtu 24 Jun 2006. Atiqah mengambil bahagian peringkat bawah 15 tahun perempuan. Beliau bernasib baik kerana hanya berdepan dengan seorang peserta sahaja yang ternyata bukan lawannya. Miskipun menunggu nombor ke 45 dari ratusan peserta, keletihannya kerana menunggu berbaloi bila dengan mudah memenangi perlawanan tersebut.

"First time dapat Gold Medal" katannya. Sebelum itu dia pernah mendapat pingat kedua dalam kejohanan teakwondo anjuran Koryo Akademi ketika di sekolah rendah.


Wednesday, 7-Jun-2006 08:37 Email | Share | | Bookmark
Sakit itu ingatan Allah jua

 
Sudah berminggu Khairy Syafiq ( abang afiq) dimasukkan ke HUKM kerana leukemia yg menyerangnya secara mendadak. Syafiq anak saudaraku ini berusia 20 tahun sdg menuntut di UITM Shah Alam dan dia adalah idol bagi anakku Nabil yg begitu minat dgn rambut abang afiq. Kali pertama melihatnya lesu, pucat dan darjah kepanasan badannya yg tinggi- kami benar-benar terkejut. Bagi memahami ttg penyakit ini maka aku melayari website berkaitan :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Leukemia
From Wikipedia

Leukemia ialah sejenis penyakit barah darah atau tulang sumsum yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif.

Jenis utama

Leukemia boleh dibahagikan secara klinikal dan patologikal kepada bentuk akut (mendadak) dan kronik (teruk):
·Leukemia akut: penghasilan pesat sel darah muda. Ini menyebabkan tulang sumsum gagal menghasilkan sel darah dewasa. Boleh terjadi pada kanak-kanak dan orang muda. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh meninggal dalam masa beberapa bulan ataupun minggu.
·Leukemia kronik: penghasilan banyak sel darah dewasa yamg tak normal. Biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga tahun. Biasanya terjadi pada orang tua, tapi tidak mustahil pada orang muda. Selalunya diawasi untuk suatu tempoh sebelum dirawat untuk keberkesanan rawatan yang maksimum. Lihat komplikasi dalam leukimia kronik.
Leukemia juga boleh dikelaskan mengikut jenis sel tak normal yang paling banyak dijumpai dalam darah:
·Jika sel limfoid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia limfosit".
·Jika sel mieloid yang dijangkiti, ia dipanggil "leukemia mielogenus".
Jika dua jenis kategori ini digabungkan, terdapat empat jenis utama leukemia:
·Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
·Leukemia mielogenus akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
·Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
·Leukemia mielogenus kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.
Komplikasi dalam leukimia kronik

KOMPILIKASI YANG TERLIBAT DALAM LEUKIMIA KRONIK

1. Pembengkakan nodus limpa di leher, ketiak,perut,atau kemaluan.
2. Rasa sakit yang teruk terutamanya di bawah sternum.
3. Rasa letihan dan lesuan
4. Kehilang berat tanpa sebab tertentu.
5. Demam
6. Menerima lebam dengan senang.
7. Rasa sakit pada tulang.
8. Kadar pernafasan rendah( shortness of breath).
9. Kehilangan daya untuk makan.(loss of diet).
10. Dalam kes-kes yang teruk akan menyebabkan kematian.
11. Petechiae(pembentukan bintik-bintik merah dan kadang kala berbentuk tajam di bawah permukaan kulit yang disebabkan oleh pendarahan)
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Komplikasi_dalam_leukimia_kronik"

LEUKEMIA
Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.
Tanda-tanda
·Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
·Mudah jatuh sakit.
·Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
·Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
·Mudah lebam.
·Hidung kerap mengalami pendarahan.

Apakah yang boleh dilakukan?

Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.
Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?
Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.

Jika ini berlaku, bermakna Syafiq akan dirawat lama dan pengajiannya di UITM mungkin tertangguh sedangkan minatnya utk belajar begitu tinggi. Dengar kata dia berjaya mengekalkan CGPAnya > 3.00
namun ketika mengambil giliran menjaganya baru-baru ini, dia masih mengukir senyuman dan macam bersantai di bilik pengasingannya. Dah berapa minggu dia tak melihat matahari?



Friday, 17-Mar-2006 08:22 Email | Share | | Bookmark

pagi di Tol Segambut
Nabil
 
View all 12 photos...


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net